Sunday, March 14, 2010

FARIS DAPAT ADIK......

FARIS DAPAT FARISHA

Selepas dua tahun setengah abang dapat adik, mama beri nama Farisha Eryna. Papa suka panggil Eisha. Papa harap abang sayang dan jagalah adik dengan sebaiknya. buat kawan dan jangan cemburu sangat. Pa&ma sayang dua-dua. Terima kasih kepada Dr. Norizah yang menjalankan operation masa mama melahirkan Eisha, juga pada SQH, nenek Marie & Julie, atuk & embah. Juga bidan popular, Wak Nap.


Eisha, baby girl dan cucu perempuan sulung yang dinanti pa&ma dan nenek. Berubah lah sikit suasana dari cucu laki lain yang agresif. Sesungguhnya besar tanggungan untuk mendidik dan membimbing serta memelihara maruah anak perempuan, namun papa & mama akan berusaha dan bertawakal kepada Allah semoga Allah membantu dan memberi laluan yang benar. Sama juga dgn Haikal, cuma dosa pahala anak perempuan papa dapat share sampai dia kahwin. Suatu hari nanti anak-anak pa&ma akan faham. Janji belajar rajin-rajin.








1 comment: