Saturday, March 20, 2010

Putrajaya Hot Air Balloon 2010


PUTRAJAYA - 20/03/2010 - Hari ni pa&ma bawa Faris Farisha pi Fiesta Belon Panas di Prescient 2 Putrajaya. Join sama nenek Julie, Ibu, Aniq + Afiq. Dari budak-budak rumah meragam sampai la nampak kelibat belon besar. Mulut mula berbunyi takjub tengok belon besar, lebih besar dari apa yang selalu dapat. Tak puas tengok jauh, Haikal asyik nak tengok dekat, sampai minta "Nak naik... Nak naik!!" Tapi bagusnya Haikal, tak memberontak bila papa kata tak boleh. Caj kanak-kanak RM5, tapi mesti papa kena join, kena RM10. Dah le naik 100m je. Tapi keterujaan Haikal sampai rumah, masih bercerita dengan Acu - bikin panas - sebab tak dapat ikut. Ala... Acu dah beso. Boleh pi sendiri. Yang pati ini pengalaman pertama Haikal tengok belon - BESAR PUNYA!!!























Thursday, March 18, 2010

Holiday in KL

The Legend Kuala Lumpur
Terima Kasih kepada WIRDA ASYIKIN yang mempelawa kami 3 beranak untuk bermalam di The Legend Hotel. Besar juga apartment 2 bilik yang kami inap. Boleh bawa satu family, tapi kereta penuh. Macam mana biasa Haikal explore satu apartment. Masuk bilik tu keluar bilik ni, masuk bawah meja, main celah langsir.

Bilik ngadap landasan tren STAR LRT, kejap-kejap Haikal panjat kerusi nak tengok ke bawah, kot-kot ada tren lalu. Anak mat saleh sebelah Haikal ni orang Australia. Berkenan betul dia ngekor Haikal dari luar sampai ke apartment. Suruh balik tak nak. Macam-macam pula dia tanya. Pusa kami sumbat mulut dia dgn kuih bahulu, cenderamata majlis kahwin Lina, Bik CT. Boleh nak lagi pulak tu. Rupanya memang tengah kelaparan. Bila bagitau mak dia yg anaknya main dgn Haikal dlm bilik, mak dia cuma kata 'Is he nice?'



Next morning, pi swimming pool. Girang melampau Haikal main air kolam. Sampai la ni Haikal suka mandi air kolam dan air terjun. Air pantai sorry!! Tiap kali ombak memukul pantai dia paut apa yang dapat.












Sunday, March 14, 2010

FARIS DAPAT ADIK......

FARIS DAPAT FARISHA

Selepas dua tahun setengah abang dapat adik, mama beri nama Farisha Eryna. Papa suka panggil Eisha. Papa harap abang sayang dan jagalah adik dengan sebaiknya. buat kawan dan jangan cemburu sangat. Pa&ma sayang dua-dua. Terima kasih kepada Dr. Norizah yang menjalankan operation masa mama melahirkan Eisha, juga pada SQH, nenek Marie & Julie, atuk & embah. Juga bidan popular, Wak Nap.


Eisha, baby girl dan cucu perempuan sulung yang dinanti pa&ma dan nenek. Berubah lah sikit suasana dari cucu laki lain yang agresif. Sesungguhnya besar tanggungan untuk mendidik dan membimbing serta memelihara maruah anak perempuan, namun papa & mama akan berusaha dan bertawakal kepada Allah semoga Allah membantu dan memberi laluan yang benar. Sama juga dgn Haikal, cuma dosa pahala anak perempuan papa dapat share sampai dia kahwin. Suatu hari nanti anak-anak pa&ma akan faham. Janji belajar rajin-rajin.








Ragam Beraya Faris Haikal

RAGAM BERAYA



2007
Tahun Faris Haikal beraya, semua orang nak gayakan. Alhamdulillah. Terima kasih nenek Marie & Julie yang belikan pakaian dan kasut untuk digayakan, walaupun masa tu Haikal tak pandai berjalan lagi. Menang gaya le.......





Pose ni antara yang paling mama suka, tak macam melayu. Nasib la hidung ikut papa, hidung jawa...










2008
Tahun ke2 raya Faris Haikal dah pandai. Sifat nak tahu Haikal memang banyak. Habis di explore rumah orang bila beraya. Tapi tak siapa marah, budak kecik la katakan...




2009
Raya tahun ke3. Haikal ikut psesen papa berbaju melayu berkopiah.





2010

Tahun ke 4 nanti kita akan beraya dengan baby Farisha ---- TUNGGU.

Percutian ke Terengganu Jun 2008

TRIP TO CRYSTAL MOSQUE

Satu lagi percutian bersama Faris Haikal, yang paling jauh setakat hari ini. Yang pasti memang memenatkan dan PANAS....Bertolak pada Jumaat malam 06-06-2008 dan tiba di Klang pada 08-06-2008. Trip 44 orang dengan Bas Seranas yang sangat sejuk. Menginap di chalet tepi pantai......Teruja bila nak sampai Masjid Kristal, tapi sedih bila tengok masjid yang tak punya fungsi. Tujuan dibina hanya untuk tontonan. Nak solat Jumaat pun tak boleh, takde penduduk. Pelancong keluar masuk hanya dipastikan menutup aurat, tapi banyak yang tak ambil wudhuk pun. sedih......Keseronokan makcik makcik bila tiba di Pasar Payang. 4 jam pun tak cukup, naik sakit kaki papa. Drebar pun tak diberitau mana nak pi. Boleh tanya kami yang tak tau selok belok kat Terengganu. Masa booking bukan main sebut macam-macam destinasi. ------Kepada ahli rombongan ..... Terima kasih kerana memenuhkan korum. Lain kali tak nak offer caj murah sangat takut tak selesa nak menginap. Maaf atas segala kekurangan













Faris Haikal 1st Birthday


Happy Birthday To You

Majlis Ulang Tahun Pertama Faris Haikal. Ramai yang teruja. Apa pun jutaan terima kasih kepada yang berusaha, Nenek Julie sekeluarga. Terima kasih juga kepada tetamu yang hadir, dan yang menghadiahkan sesuatu untuk Haikal bermain.

Pada hari ni juga malang menimpa Embah yang kemalangan di simpang masuk Jln Dato' Dagang dek kereta yang tak menyempat nak keluar simpang bila Embah bagi signal. Mujurlah kereta yang kemek, yang lain selamat.

Untuk anak pa&ma, kami harap tahun yang mendatang akan menjadikan anak papa lebih soleh, cerdik pandai, dengar kata, dan semua sifat mahmudah.

pa&ma juga mintak maaf kerana rasanya cuma Ulang Tahun pertama saja yang meriah, dan tahun tahun mendatang hanya kita sekeluarga saja yang akan menyambutnya.











Percutian Di Genting Jan 2008

GENTING HIGHLAND - Antara lokasi percutian kegemaran pa&ma utk bawa anak-anak pa&ma berjalan. Faktor utama semestinya suhu yang lebih sejuk dari tempat lain. Anak pa&ma pun x menggelupuh kepanasan, aman je nak berjalan ke sana sini. Memang tak banyak yang boleh dibelanjakan sebab semua mahal. Dah kata nak berjalan, bukan nak shopping.Di Genting, banyak objek dan permainan yang boleh menarik perhatian FF. Dari yang berpusing, berwarna warni sehingga yang memukau mata. walau takde yang lebih best melainkan melayan mata untuk senang lena dek ditiup angin sejuk.